TIPS FARAID HARIAN



03-09-2021 : Anak di dalam kandungan perlu dikira dalam kiraan faraid.


02-09-2021 : Hutang kepada Allah didahulukan dari hutang kepada manusia.


Hutang-piutang tidak kira kepada sesiapa wajib dibayar






30-08-2021 : Hanya anak lelaki dari saudara lelaki sekandung @ sebapa sahaja yang mendapat bahagian pusaka.


Berbeza dengan cucu, lelaki dan perempuan boleh menerima pusaka


23-08-2021 : Isteri pertama ada anak, isteri kedua tiada anak. Isteri kedua meninggal, suami mendapat 1/2 kerana arwah tidak ada anak.


Jika suami mati, bahagian isteri masing2 1/16 (1/8 รท2) kerana si mati ada anak.


19-08-2021 : Dalam faraid ada muafakat, dalam muafakat tiada faraid.


15-08-2021 : Hak arwah perlu didahulukan berbanding hak waris dalam pembahagian harta pusaka.


Kesilapan ramai waris mendahulukan hak waris berbanding hak arwah.


14-08-2021 : Ayah si mati sangat unik kerana kadangkala dia mendapat bahagian fardhu dan bahagian asobah (baki) bersama.


13-08-2021 : Waris asobah bermaksud waris yang mendapat baki atau semua bahagian sebab itu kadang waris asobah tiada baki diberikan kepadanya.

Mak 1/6 = 2/13

Suami 1/4 = 3/13

2 ap 2/3 = 8/13

Abang arwah asobah = 0/13


12-08-2021 : Kos urusan pusaka diambil dari harta arwah dan bukan dari harta waris dan hikmahnya mengelakan waris terbeban


11-08-2021 : Kesilapan ramai memberikan kepada ayah si mati bahagian asobah secara terus apabila si mati ada anak perempuan sahaja.


Sepatutnya diberikan 1/6 kemudian barulah diberikan asobah (1/6 + asobah)


10-08-2021 : Pembahagian kepada waris akan dimulakan dengan waris fardhu kemudian baki barulah kepada waris asobah.

Sesetengah kes waris asobah juga tidak terima sesen pun disebabkan harta dah habis diagih kepada waris fardhu.


09-08-2021 : Hibah bukan pelengkap kepada faraid.


08-08-2021 : Bahagian faraid tidak diukur siapa yang paling banyak pengorbanan dan yang paling kuat


06-08-2021 : Nisbah 2 : 1 hanya terpakai apabila ada lelaki dan perempuan untuk waris yang sama taraf. Ada 4 :

Anak, cucu, saudara kandung, saudara sebapa


05-08-2021 : 1/8 bersamaan 12.5%, namun kiraan secara peratusan kurang tepat berbanding pecahan


04-08-2021 : Ibu mendapat 1/6 atau 1/3 dipengaruhi sama ada arwah ada adik beradik atau tidak (walaupun adik-beradik tiada bahagian)


Contoh : waris mak 1/6, ayah 5/6 (asobah) , 2 adik beradik perempuan. 


Waris mak 1/3, ayah 2/3 (asobah), tiada adik beradik


02-08-2021 : Ada 6 bahagian sahaja untuk waris fardhu : 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3 dan 1/6


31-07-2021 : Jika faraid dilihat siapa yang layak berdasarkan pengorbanan maka harta pusaka akan diberikan kepada ibu arwah kesemuanya.


28-07-2021 : Badal haji, fidyah, nazar, zakat, kiffarah adalah hutang-hutang kepada contoh Allah


27-07-2021 : Hak arwah terlebih dahulu didahulukan berbanding hak waris


26-07-2021 : Bahagian 1/8 hanya ada penerima seorang sahaja iaitu isteri arwah


24-07-2021 : 1/8 bahagian isteri wajib diterima dalam keadaan bahagian lain belum dituntut (jika ada)

Contoh isteri boleh buat tuntutan (bukan auto) harta sepencarian, hutang nafkah, dsb.

Tuntutan ini tidak termasuk faraid tetapi adalah pilihan.


22-07-2021 : Muafakat, sama rata, melepaskan hak termasuk ilmu faraid di bawah tajuk takharuj.


21-07-2021 : Agihan secara faraid adalah wajib ke atas harta pusaka. Selagi belum meninggal, harta tidak terikat dengan hukum faraid.


16-07-2021 : Asobah maal grairi berlaku apabila ada anak / anak-anak perempuan bertemu dengan saudara perempuan seibu sebapa@sebapa.


15-07-2021 : Ramai salah faham 2/3 bahagian faraid kepada anak-anak perempuan untuk perorangan sedangkan 2/3 ini perlu dibahagian sesama mereka


14-07-2021 : Jaga-jaga!. Jika prospek kata anak lelaki tiada kadang-kadang dimaksudkan anak lelaki sudah meninggal terlebih dahulu.


13-07-2021 : Ayah arwah menghalang adik beradik arwah dari mendapat bahagian faraid namun adik beradik arwah perlu dihitung untuk menentukan bahagian mak arwah.


08-07-2021 : Selipar jika ada nilai dan barang halal, ia akan menjadi pusaka


06-07-2021 : Hanya harta pusaka untuk kiraan faraid adapun harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah, dihadiahkan tidak menjadi harta pusaka.


04-07-2021 : Orang kafir tidak mewarisi pusaka orang Islam dan sebaliknya.


30-06-2021 : Hanya harta kepunyaan si mati dan halal dalam pandangan syarak sahaja yang difaraidkan.


28-06-2021 : Ada ibu arwah, nenek arwah terhalang.


27-06-2021 : Sebab pewarisan ; pernikahan, keturunan, agama


25-06-2021 : Ramai keliru harta yang difaraidkan adalah jenis harta tetapi sebenarnya jenis harta pusaka.


24-06-2021 : Jika si mati belum berkahwin dan waris mak ayahnya sahaja, pastikan perlu lihat adik beradik arwah walaupun mereka tidak dapat bahagian kerana akan mempengaruhi bahagian mak dari 1/3 ke 1/6


23-06-2021 : Jika waris layak berupa adik beradik seibu seayah, sebapa, seibu, maka didahulukan seibu diikuti seibu sebapa, diikuti sebapa


22-06-2021 : Ibu mendapat 1/6 atau 1/3 boleh jadi dipengaruhi berapa ramai adik beradik arwah yang masih hidup


21-06-2021 : Tiada perbezaan bahagian di antara saudara seibu lelaki dan perempuan seperti mana ada perbezaan bahagian di antara saudara sebapa @seibu sebapa lelaki dan perempuan


20-06-2021 : Separuh dari 1/2 adalah 1/4, separuh dari 1/4 adalah 1/8.


19-06-2021 : Selepas mengetahui hak bahagian masing-masing, para waris boleh bertakharuj (lepas bahagian) sama ada sama rata, lepaskan sebahagian @ semua, tebus bayar, muafakat


18-06-2021 : Waris tidak boleh menerima pusaka arwah sehinggalah dibayar @dijelaskan hutang arwah.


17-06-2021 : Waris fardhu bermaksud waris yang telah ditetapkan bahagiannya contoh anak Perempuan seorang 1/2.


15-06-2021 : Cucu sebelah anak perempuan tidak dikira waris  layak.


14-06-2021 : Suami mendapat 1/4 jika isteri sebagai arwah ada anak sama ada nak bersama suami ini atau suami lama yang mungkin telah bercerai @meninggal.


13-06-2021 : Baitulmal adalah penerima terakhir sekiranya arwah memang sudah benar-benar tidak ada waris layak lagi.


12-06-2021 : Pembawah yang biasa digunakan biasanya 12, 24, 72, dan 144.

Contoh:-

Isteri 1/8 = 3/24

Mak 1/6 = 4/24

2 AP 2/3 = 16/24

Adik P asobah (baki) = 1/24


11-06-2021 : Asobah binnafsi - lelaki /Asobah maalgairi - perempuan / Asobah bilghari - perempuan kerana ada lelaki


10-06-2021 : Orang yang membunuh tidak layak mendapat harta pusaka arwah.


09-06-2021 : Adik beradik arwah sama ada seibu sebapa, sebapa, seibu akan ditimbang tara untuk pembahagian ibu arwah walaupun mereka tidak dapat atau dapat bahagian


08-06-2021 : Hanya talak raj'ie sahaja yang mendapat harta pusaka


07-06-2021 : 5 waris utama tiada halangan mendapat bahagian; Mak, ayah, pasangan, anak lelaki & perempuan


06-06-2021 : Datuk sebelah ibu arwah tiada bahagian tetapi berbeza nenek sebelah ibu arwah ada bahagian


05-06-2021 : Apabila arwah ada anak perempuan sahaja, jangan dihitung ayah arwah terus mendapat asobah tetapi berikan 1/6 bahagian (dahulu) kemudian barulah ditambah asobah (jika masih ada baki).


04-06-2021 : Perempuan juga boleh menjadi asobah contoh arwah meninggalkan isteri 1/8, seorang anak P 1/2 = 4/8, kakak kandung asobah = 3/8


03-06-2021 : Apabila arwah ada anak lelaki sahaja, anak lelaki menjadi asobah. Apabila arwah ada anak perempuan dan lelaki, anak perempuan jadi asobah. Apabila ada anak perempuan sahaja, anak perempuan dapat secara fardhu 1/2, 2/3


01-05-2021 : Dalam Proses

01-04-2021 : Dalam Proses

01-03-2021 : Dalam Proses

01-02-2021 : Dalam Proses

01-01-2021 : Dalam Proses

2021 : Dalam Proses